Thursday, April 3, 2008

Negarakukuku

Lagu ini telah dicipta dalam Kem Biro Tata Negara yang aku sertai dua tahun lalu, sebelum aku menghabiskan kursus di maktab perguruan. Ia merupakan penghayatan diriku tentang patriotisme. Video ini juga merupakan karya kasarku yang pertama. Jadi aku cuma memasukkan gambar-gambar kehidupan seharianku di tanahair yang bahagia ini. Sebab rasaku, ini montage kehidupan yang paling original.

Lirik:

Terdapat sebuah negara Malaysia
Tanah suci dipuji
Rakyatnya berhemah
Hidup bersatupadu
Bagai syurga di bumi
Aku cinta kamu
Pertahankan kamu
Menjulangkan namamu
Aku berusaha
Tidak putus asa
Kerana ini negaraku

Malaysiaku

Aku cinta padamu

ps. Di mana bumi dipijak. Di situ langit dijunjung.


No comments: